Zatie's Blog

My photo
:: Hello World. As a blogger 4sure i'll share a lot of thing bout the story of mylife. But please take this note : This is my blog so i have freedom to post anything here, if u dont like the way it is just leave this page. Thank You ::

Monday, January 17, 2011

Friday, January 14, 2011

:: Heart & Soul = Love ::

 


Cinta itu indah. Cinta itu buta. Cinta itu menyakitkan. Macam2 pandangan orang pasal cinta. Namun cinta sejati memang sukar dicari. Zatie sendiri pun tak tawu nak percaya yang mana 1. Tapi yang pastinya sampai sekarang Zatie still tak jumpa lagi apa yang dierti kan dengan CINTA. Kata pujangga cinta : memang sungguh menyakitkan pabila mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, namun lebih menyakitkan pabila mencintai seseorang tapi tiada keberanian untuk menyatakan cinta kepada nya. Sesetengah orang sanggup berkorban apa saje demi orang yg dicintai nye tapi ada jugak sesetengah orang yang langsung tak menghargai orang yg mencintai nya. Berbelit2 kan cinta ni? Zatie pernah merasakn cinta tapi tak tawu la either cinta tu cinta sejati or cinta monyet je. Tapi yang pastinya sampai saat ni perasaan Zatie untuk dia masih ada. Zatie percaya kalau kita betul2 sayang kan seseorang, lepaskan la dia dengan rela hati andai itu yang dipintanya. Percayalah yang kita akan lebih bahagia jika melihat insan yang kita sayang itu bahagia walaupun bukan kita yang membahagiakan nya. Adoii poning kepalo den ni haa bilo cakap pasai cinto! Zatie pernah baca satu kata2 cinta : seseungguhnya lebih baik kita bersama dengan orang yang betul2 mencintai kita, daripada bersama dengan orang yg kita cintai kerana orang yang betul2 mencintai kita akan lebih tawu untuk menghargai kita. Berbelit kan? Faham2 sendiri la k. So sebagai penutup kisah cinta ni, Zatie nak share something yang Zatie create sendiri : suka tak semestinya sayang, tapi sayang semestinya suka. Sayang pulak tak semestinya cinta, tapi cinta semestinya sayang! Renung2kan dan selamat beramal. daaaaa.


Wednesday, January 12, 2011

:: Life Is A Gamble ::

Bila berbicara soal kehidupan macam2 pancaroba yang kita akan tempuh. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap ada. Jatuh bangun dalam kehidupan tu benda yang normal yg setiap orang akan lalui. Sebab tu la hidup ni diumpamakan seperti roda! Kadang2 kita diatas tapi kadang2 kita tetap jatuh dibawah. Setiap hari bila kita celik je mata mesti akan lalui macam2 benda sampai kita tutup mata bila tidur malam. Tak sudah2 kan? Tapi sedar tak yang sebenarnye benda tu la yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan atau dalam bahasa inggeris nya reality of life. Masalah sebenarnye sedikit sebanyak mengajar kita dalam mematangkan cara pemikiran kehidupan. Setiap orang ada life masing2. Cuma bezanya cara kita mencorakkan life journey kita ni. Yang paling penting, jaga life sendiri dulu sebelum menyibuk pasal life orang lain. Ni tak, life sendiri pun tunggang langgang then ada hati nak mempersoalkan life orang lain atau dalam bahasa saintifik nya : mengutuk life orang lain. Ada ke patut. Setiap orang ada hak atas kehidupan sendiri. So biar lah dia nak buat apa pun dengan life dia, yang u all sibuk apesal? Zatie, just cakap berdasarkan pengalaman hidup Zatie sebelum ni je. Maybe sebagai pengajaran pada orang lain supaya elakkan bersikap macam tu. Sekarang Zatie bahagia dengan life Zatie. Mungkin tak semuanya lengkap, tapi Zatie bersyukur dengan apa yang Zatie ada. Sama je macam u all semua, Zatie pun banyak masalah tp Zatie yakin setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Kadang2 hikmah tu kita tak nampak sekarang tapi percayalah sooner or later kita pasti akan sedar pasal tu. Hidup kalau always happy tak seronok jugak kan? Zatie masih ingat lagi tentang kisah silam Zatie dulu2, macam2 jugak la Zatie tempuh. Pernah berjaya, pernah gagal exam, pernah putus cinta, kena pulau dgn kawan2 pun pernah tau. Memang masa tu Zatie rasa down giler tapi bila lama2 Zatie tersedar 1 perkara. Time kena pulau tu Zatie memang tak ada kawan, duduk sorang2 je. Tapi pengalaman tu dah mengajar Zatie untuk jadi seorang yang berdikari tanpa mengharapkan sapa2 disisi. Betul, sampai sekarang pun Zatie boleh buat semua benda sendiri. Terima kasih jugak la pada kawan2 yang sudi memulaukan Zatie tu ye. hahahaha. Hikmah nya berkat kesabaran Zatie dulu, sekarang ni Zatie lebih berjaya. Zatie banyak berpegang pada kata2 : whats goes around comes around. Benda baik kita buat, akan dibalas baik & benda jahat tetap dibalas jahat jugak. Tapi kadang2 benda baik tu kita lambat nak dapat sebab Tuhan nak uji kesabaran kita. Lagi satu benda yang Zatie nak share is about busuk hati. U all sedar tak, bila kita buat benda jahat even sebesar kuman pun, orang mesti akan mempersoalkan n terus mengutuk tanpa usul periksa. Tapi benda baik yang kita buat walaupun seluas lautan, tak siapa pun hargai n susah nak nampak. Betul tak? Setiap manusia ni ade keburukan & kelebihan. Hentikan la terus-terusan bercakap pasal hal orang lain. Apa yang u all dapat bila asyik mengutuk je? Orang yang mengutuk ni tak kaya pun, orang yang kena kutuk pulak tak rugi 1 sen pun. Ok la, last but not least Zatie nak wish hope u all akan berjaya dalam hidup. Make your pretty life with the wonderfull experience. Zatie mintak maaf kalau ada yang terasa. Life is a gamble. Hidup adalah seperti mana yang anda tentukan. Daaaa.....

Tuesday, January 11, 2011

:: Beautiful Just The Way I Am ::

Beautiful Just The Way I Am : this phrase actually memberi maksud yg sangat mendalam bagi diri Zatie. Setiap apa yg dianugerahkan tuhan kepada diri ini Zatie terima seadanya. Bila berbicara tentang kecantikan bagi Zatie semua orang sama sahaja, cuma yang membezakan adalah cara seseorang itu menjaga kecantikan yang dianugerahkan kepadanya. Zatie pernah mempunyai pengalaman sebagai seorang Beauty Consultant suatu masa dulu. Pengalaman ini banyak memberi Zatie tentang inspirasi mengenai kecantikan. Kecantikan merupakan suatu perkara yang terlalu subjektif. Tapi apa yang Zatie nak share kat sini is about kecantikan luaran yang perlu dititik beratkan. Penjagaan diri amat penting bagi semua orang terutama nya buat perempuan. Al-maklumla zaman sekarang ni pakej yang lengkap dalam diri seseorang amat diperlukan. Kecantikan ni kadang-kadang boleh bagi extra mark buat kita untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua orang yang tuhan jadikan dalam dunia ni masing-masing mempunyai attraction tersendiri. Tiang jamban tu pun kalau kita make-up, cantik jugak. betul tak? So based on pengalaman Zatie sebelum ni, Zatie nak share la cara asas untuk menjaga kecantikan diri. Apa guna nye kalau ada pengalaman tapi tak nak kongsi dgn orang kan. Kedekut ilmu nama nya tu. First of all kita kena tawu apa produk asas yg kita perlu ada untuk digunakan setiap hari : 1-Pencuci Muka. 2-Toner. 3-Moisturizer. 4-Masker. Keempat2 produk ni wajib kita ada untuk mendapatkan kulit yang bersih dan terjaga. Macam mana pulak nak pilih produk yang bersesuaian dgn kulit muka? Secara purata nye ada 4 jenis kulit muka, 1-Kering, 2-Berminyak, 3-Kombinasi, 4-Normal. Jangan keliru jika kulit muka bermasalah tak termasuk dalam senarai kulit di atas sebab kulit bermasalah tu termasuk dalam kulit muka kombinasi. Jadi u all boleh nilai sendiri kan kulit muka u all masuk dalam kategori mana? Bagi kulit kering, tolong la, Zatie merayu sangat2 elak kan la memakai pencuci muka yang banyak buih! Produk tu sebenarnya lagi mengeringkan kulit muka sebab buih akan menghidratasikan air dalam kulir kita. Bagi kulit yang berminyak pulak, u all boleh guna pencuci yang berbuih ni dan elakkan pencuci yang berasaskan susu! Tapi lain pulak dengan kulit muka yang kombinasi. Kulit jenis ni sangat sensitif dan perlukan penjagaan rapi. Macam2 masalah kulit ni, jerawat la, mengelupas la, then tambah plak dgn whitehead n blackhead. So Zatie sarankan u all pakai la produk khusus untuk kulit sensitif ni. Last but not least, untuk kulit normal & tak ada sebarang iritasi u all bebas untuk guna apa jua produk yang u all rasa selesa untuk kulit u all, tapi jangan plak u all overdose, takut nanti tiba2 dari normal jadi bermasalah pulak. So i think thats all for this time about beauty yang Zatie boleh share. Kalau ade ape2 kemusyikilan tentang kecantikan just leave your comment k. daaaaaa.. Kecantikan adalah Hak Milik Setiap Insan.
Masker untuk menegangkan wajah & membuang sel kulit mati