Zatie's Blog

My photo
:: Hello World. As a blogger 4sure i'll share a lot of thing bout the story of mylife. But please take this note : This is my blog so i have freedom to post anything here, if u dont like the way it is just leave this page. Thank You ::

Tuesday, January 11, 2011

:: Beautiful Just The Way I Am ::

Beautiful Just The Way I Am : this phrase actually memberi maksud yg sangat mendalam bagi diri Zatie. Setiap apa yg dianugerahkan tuhan kepada diri ini Zatie terima seadanya. Bila berbicara tentang kecantikan bagi Zatie semua orang sama sahaja, cuma yang membezakan adalah cara seseorang itu menjaga kecantikan yang dianugerahkan kepadanya. Zatie pernah mempunyai pengalaman sebagai seorang Beauty Consultant suatu masa dulu. Pengalaman ini banyak memberi Zatie tentang inspirasi mengenai kecantikan. Kecantikan merupakan suatu perkara yang terlalu subjektif. Tapi apa yang Zatie nak share kat sini is about kecantikan luaran yang perlu dititik beratkan. Penjagaan diri amat penting bagi semua orang terutama nya buat perempuan. Al-maklumla zaman sekarang ni pakej yang lengkap dalam diri seseorang amat diperlukan. Kecantikan ni kadang-kadang boleh bagi extra mark buat kita untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua orang yang tuhan jadikan dalam dunia ni masing-masing mempunyai attraction tersendiri. Tiang jamban tu pun kalau kita make-up, cantik jugak. betul tak? So based on pengalaman Zatie sebelum ni, Zatie nak share la cara asas untuk menjaga kecantikan diri. Apa guna nye kalau ada pengalaman tapi tak nak kongsi dgn orang kan. Kedekut ilmu nama nya tu. First of all kita kena tawu apa produk asas yg kita perlu ada untuk digunakan setiap hari : 1-Pencuci Muka. 2-Toner. 3-Moisturizer. 4-Masker. Keempat2 produk ni wajib kita ada untuk mendapatkan kulit yang bersih dan terjaga. Macam mana pulak nak pilih produk yang bersesuaian dgn kulit muka? Secara purata nye ada 4 jenis kulit muka, 1-Kering, 2-Berminyak, 3-Kombinasi, 4-Normal. Jangan keliru jika kulit muka bermasalah tak termasuk dalam senarai kulit di atas sebab kulit bermasalah tu termasuk dalam kulit muka kombinasi. Jadi u all boleh nilai sendiri kan kulit muka u all masuk dalam kategori mana? Bagi kulit kering, tolong la, Zatie merayu sangat2 elak kan la memakai pencuci muka yang banyak buih! Produk tu sebenarnya lagi mengeringkan kulit muka sebab buih akan menghidratasikan air dalam kulir kita. Bagi kulit yang berminyak pulak, u all boleh guna pencuci yang berbuih ni dan elakkan pencuci yang berasaskan susu! Tapi lain pulak dengan kulit muka yang kombinasi. Kulit jenis ni sangat sensitif dan perlukan penjagaan rapi. Macam2 masalah kulit ni, jerawat la, mengelupas la, then tambah plak dgn whitehead n blackhead. So Zatie sarankan u all pakai la produk khusus untuk kulit sensitif ni. Last but not least, untuk kulit normal & tak ada sebarang iritasi u all bebas untuk guna apa jua produk yang u all rasa selesa untuk kulit u all, tapi jangan plak u all overdose, takut nanti tiba2 dari normal jadi bermasalah pulak. So i think thats all for this time about beauty yang Zatie boleh share. Kalau ade ape2 kemusyikilan tentang kecantikan just leave your comment k. daaaaaa.. Kecantikan adalah Hak Milik Setiap Insan.
Masker untuk menegangkan wajah & membuang sel kulit mati

No comments:

Post a Comment